• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color
Piagam Pelanggan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 11 April 2012 07:13

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah dengan penuh tanggungjawab terhadap bangsa dan negara berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan melalui:


KECEMERLANGAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

Mewujudkan gaya kepemimpinan dan pengurusan yang berteraskan kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan Wawasan 2020 melalui:

  • Membina iklim pengurusan sekolah yang telus, bersih, cekap dan amanah.
  • Mengamalkan semangat kepemimpinan berteraskan keimanan, ketakwaan dan musyawarah.
  • Bekerjasama dengan PIBG dan masyarakat luar bagi mewujudkan semangat tolong-menolong bagi melahirkan budaya kerjasama.
  • Memastikan kemantapan organisasi melalui pengamalan sikap tegas,toleransi dan bijaksana.

 

KECEMERLANGAN KURIKULUM

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkualiti bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan 100% 10 1A dalam peperiksaan SPM. Dan 100% 8A/7A dalam peperiksaan PMR. Matlamat ini mampu dicapai melalui:

  • Program pengajaran dan pembelajaran yang terancang
  • Guru bermotivasi, kreatif dan inovatif.
  • Penyediaan peralatan ICT yang mencukupi
  • Sistem penyeliaan guru yang berkesan

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Menyediakan ruang untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan melatih pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa agar mampu memperkembangkan bakat dan potensi mereka sama ada di peringkat daerah,negeri dan negara melalui:

  • Perancangan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang kemas dan tersusun.
  • Kerjasama dan khidmat nasihat kepakaran daripada sektor awam dan swasta.
  • Penyediaan infrastruktur dan peralatan sukan yang mencukupi.
  • Gerak kerja luar sekolah bagi meningkatkan daya kepemimpinan dan pengalaman pelajar.

 

KECEMERLANGAN SAHSIAH

Melahirkan warga yang penyayang, berbudi bahasa, sopan santun, hormat-menghormati, bersatu-padu, memiliki nilai-nilai perkongsian bersama dan nilai-nilai murni yang luhur melalui:

  • Program bina insan yang berterusan.
  • Pembentukan akhlak berasaskan Rukun Iman dan Rukun Islam.
  • Menjadikan surau sebagai pusat pengembangan ilmu dan sahsiah.
  • Mewujudkan iklim persaudaraan sejagat di kalangan pelajar-pelajar.
Last Updated on Wednesday, 15 April 2015 01:31
 

Pengumuman

   PENGUMUMAN



1.Permohonan Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 2018 ke SBP akan mula dibuka mulai 16 Oktober - 19 November 2017. Ibu bapa yang berminat untuk memohon boleh layari laman sesawang KPM di https://moe.gov.my. Pelajar-pelajar akan menjalani sesi UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP) pada 11-15 Disember 2017, secara atas talian di pusat-pusat Ujian yang akan dimaklumkan nanti. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama SBP mengadakan sesi UKSBP sebagai satu prasyarat untuk berada di dalam Sistem SBP. Sekian harap maklum dan mohon dipanjangkan kepada semua kenalan dan sanak saundar. Terima kasih
.


Video

Peperiksaan PT3 2017

Peperiksaan SPM 2017

Who's Online

We have 49 guests online