• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color
Sejarah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 17 March 2012 14:27

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar merupakan cetusan idea Tun Abdul Razak b. Hussain, Perdana Menteri Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Laporan Razak pada tahun 1970 sebagai salah satu cara untuk membangunkan orang-orang Melayu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan untuk jurang ekonomi antara kaum di negara ini.

Pada 2 Januari 1973, seramai 109 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan yang diambil dari pelbagai sekolah di Negeri Sembilan telah dimasukkan ke sekolah ini.  Sementara menunggu proses pembinaan sekolah selesai, para pelajar yang diambil telah ditempatkan buat sementara waktu di Sekolah King George V, Jalan Hose Seremban. Asrama pelajar lelaki terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Jalan Channer manakala asrama pelajar perempuan terletak di rumah banglo kerajaan yang lama di Jalan Hose.  Sekolah ini bermula dengan 6 orang staf akademik yang diketuai oleh En. Abu Samah bin Katas.

Pada hujung tahun 1974, pengetua sekolah yang pertama telah dipilih iaitu En. Mohd Hanif bin Idris.  Beliau berjaya memikul tanggungjawab sebagai pengetua dengan jayanya.

Pada sesi Januari 1975, para pelajar ini akhirnya dipindahkan ke Kompleks baru di Kampung Gentam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada tahun yang sama juga, para pelajar tingkatan empat yang baru telah diambil dari pelbagai sekolah menengah di Negeri Sembilan.  Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan telah memberi dimensi baru dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah dan penduduk di kawasan Kuala Pilah.  Bukan itu sahaja, sekolah ini juga dihormati kerana kejayaan dalam bidang sukan.

Pada 31 Januari 1981, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah merasmikan pembukaan sekolah ini dan sempena perasmian ini, nama sekolah ini telah diubah kepada Sekolah Tuanku Jaafar.

Walau bagaimanapun mulai sesi 1994/1995, nama sekolah ini telah diubah sekali lagi kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar kerena hendak memberi penekanan kepada sains sejajar dengan seruan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak tenaga mahir berasaskan sains.

Kini, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar merupakan salah satu sekolah Bestari.  Konsep sekolah Bestari bertujuan untuk mengubah budaya berasaskan ingatan dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir, kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Last Updated on Wednesday, 15 April 2015 01:23
 

Pengumuman

   PENGUMUMAN



1.Perhatian kepada pelajar SPM 2015,Sijil SPM dan Sijil Bahasa Inggeris 1119 2015,boleh diambil di pejabat mulai 14 Februari 2017
.


Video

Peperiksaan PT3 2017

Peperiksaan SPM 2017

Who's Online

We have 69 guests online