• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color
Pengenalan Akademik PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 02 April 2015 00:00


Pengenalan


Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun

dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan diluar bilik darjah.

Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan

samada melalui badan beruniform,persatuan, kelab, sukan dan permainan.


Sejarah


Aktiviti kokurikulum di sekolah bermula sejak zaman penjajahan British.


  • 1909 - ditubuhkan pasukan Pengakap sekolah yang pertama di Singapura.

  • 1956 - Penekanan aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan secara berkumpulan

    di dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956.

  • 1985 - Mata pelajaran kokurikulum yang mengambil masa 60 minit dimasukkan ke

    dalam jadual waktu persekolahan dalam KBSR.



Konsep



  • Sekitar tahun 60-an dan 70 an umumnya kokurikulum dianggap sebagai aktiviti yang berasingan dan ia tidak  begitu penting dalamperkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah.



  • Kini diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah tetapi masih kurang mendapat tempat sewajarnya

    berbanding kurikulum akademik.



  • Realitinya di antara kokurikulum dan kurikulum saling   berkaitan dan segala aktivitinya dapat mengukuhkan dan

    mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas.



Falsafah


Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :



  • Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.

  • Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

  • Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan

    perkembangan sosial,jasmani dan rohani.

  • Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.

  • Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.




Matlamat


  • Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi  nasional di kalangan generasi muda.

  • Peningkatan disiplin pelajar.

  • Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.

  • Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.

  • Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan.

  • Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani,  rohani dan emosi

  • Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum

  • Pengisian masa lapang dengan berfaedah.

Last Updated on Monday, 27 April 2015 04:23
 

Pengumuman

   PENGUMUMAN



1.Permohonan Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 2018 ke SBP akan mula dibuka mulai 16 Oktober - 19 November 2017. Ibu bapa yang berminat untuk memohon boleh layari laman sesawang KPM di https://moe.gov.my. Pelajar-pelajar akan menjalani sesi UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP) pada 11-15 Disember 2017, secara atas talian di pusat-pusat Ujian yang akan dimaklumkan nanti. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama SBP mengadakan sesi UKSBP sebagai satu prasyarat untuk berada di dalam Sistem SBP. Sekian harap maklum dan mohon dipanjangkan kepada semua kenalan dan sanak saundar. Terima kasih
.


Video

Peperiksaan PT3 2017

Peperiksaan SPM 2017

Who's Online

We have 50 guests online